Wednesday, August 29, 2012

aku yang melamar

ya, aku telah membuat lamaran kepada seorang lelaki melalui adiknya..
aku tidak pernah bercakap dengannya..
bersua sahaja, mungkin itu sudah cukup bagiku inshaAllah..
dia mengenali aku sebagai sahabat adiknya..
aku mengenalinya sebagai abang sahabatku...

keluarganya sangat mesra denganku,
saudaranya yang ramai dan riuh,
keberadaan rumahnya tidak lah jauh dari tempat tinggalku,
tenteram hati ketika bersama mereka.

aku akui dalam hati belum ada cinta, 
kerana aku tidak mahu kecewa,
adalah lebih baik aku bersiap sedia,
atas sebarang khabar, moga hati kekal bahagia.

bukan tiada yang mengharap padaku,
namun aku selesa dengan cara ini,
kerana aku mahu semuanya diredhai,
kejernihan hubungan sangat aku telitikan.

hasrat hati ini tiada siapa yang tahu,
melainkan Allah,
sudah lama terpendam,
ku abaikan supaya hilang dalam kesibukan,
di celah keriuhan, ia muncul...
di ketika hati merindukan satu hubungan yang halal, ia menyapa..

lalu pergilah diri ini ke rumahnya...melihat, meneliti, memahami, menyelami mereka mereka,
bermalam di sana menjadikan hasrat ini lebih kuat,
 pulangku dengan azam yang semakin membara,
hati berbisik, apabila dirimu berada di jalan yang benar, apa yang perlu engkau khawatirkan?

tangan lantas mencapai pena dan kitab luahan hatiku,
merangka ayat seikhlas mampu,
fikrah datang mencurah curah,
wahai Allah, sesungguhnya Engkau tidak pernah membiarkan aku sendiri.

dengan hati yang tekad, azam yang bulat,
ku beranikan diri menghantar email kepada sahabatku,
dia gembira namun ku tahu dia keliru.

kalau diikutkan hati
secepat mungkin ku inginkan keputusan,
namun iman berbisik, sesungguhnya terburu buru itu adalah sifat syaitan,
lalu hati ini sedang bersabar dan berdoa untuk yang terbaik.

duhai gerangan yang mencuri perhatian,
aku menginginkan kebahagiaan,
ku tahu kau mampu memberikannya,

aku melamarmu itu adalah usaha tulusku,
kerana ingin memilikimu, menjagamu, membahagiakanmu, ke syurga bersamamu,
jalan terhormat ini ku pilih supaya kita bisa bahagia dunia akhirat,
itu pun sekiranya aku diterima, 
dengan ini aku bertawakkal pada Allah yang maha mengetahui segala isi hati hamba hambaNya.

Sunday, October 16, 2011

hati bersuara

entry sebelum ini banyak menceritakan kisah cinta,
insha Allah cukup dahulu tentangnya,
tiba masanya aku menyelak pula kisah masyarakat yang memerlukan bimbingan agama.
adat mengalir deras menghanyutkan mereka

ingin sekali hamba mengertikan mereka
apa daya, hamba tiada kuasa
ilmu di dada masih meraba
tunggulah masa merubah segalanya

hajat hati mengubah dunia
dengan islam yg syumul dan sempurna
membuak  dadaku meronta ronta
membantah yang terpamer di depan mata

hati seketika bersuara
ini adalah urusanku, urusan agama
wahai teman marilah bersama
bahu membahu perjuangkan Islam yang termulia

tidak sanggup ku mengalirkan air mata
membayangkan jika Nabi SAW bersama
"ummati ummati" disebut sebut baginda
menyayangi ummat lebih dari segalanya

Ya Allah berilah hamba kekuatan
mahu memperjuangkan Islam di negara islam

hati ini menjerit jerit
itu tak betul ini tak kena
ya Tuhan, ujian ini sungguh perit
berikan hamba peluang untuk mencipta fenomena

berbicara memang mudah
boleh berkata tak sudah sudah
akan hamba cuba seupaya hamba
menyebarkan agama untuk kemaslahatan bersama

ujian itu sungguh pahit
kerana syurga itu manis
Ya Rabb jadikan hamba golongan yang dekat denganMu
agar hati ini bahagia selalu

I love Allah
I love Rasulullah
I love Islam

Tuesday, February 15, 2011

TAKE IT oorrrr LIVE IT ?

end of this sem...today is my last paper that is maharat al-kitabah. in english we call Writing Skill.
it was a little bit tricky but i think i can do it, and get A insya Allah..as the time passed..it ran too fast, and of course, every encounter, farewell will take part. the farewell must be so sad as we had gone through our life here for 1 year together. yeah, most of us taking short sem, so we are not going to see each other in second year, still but rarely. yeah a-2-7 is my dorm's name,  i like it, coz i like seven..i got 7a in spm, my DOB is 7 august, and many more as i can't remember. my DMF (dormmate forever) are hell awesome..there are too many attributes as i cannot describe by words. but i think i can't ever forget them for entire of my life..especially sab, kinah, insyirah, ada...yeah we are different in our skills, i mean i'm taking arabic while others none of like me.feel grateful as i was sent here to meet this kind of people..really interesting right?
yeah, my mom is always telling me that, you are going to grow up bigger and bigger, i mean matured or adult.
soon you have to mix around and adapt a variety of culture and different background of others. that's true mom! i'm facing that..and sometimes it funs n sometimes it really hurts me..but that is we call life. you have to survive in a weird forest, facing strangers..in the same time, you have to build your own faith, destiny, future..if you're strong, you will success, the forest will be your second home, the strangers  become your true friends, but if not...the forest remain weird, spooky even more, and the strangers are very terrifying..
so take it or live it..?


life is fake..chill out ~

Tuesday, December 21, 2010

perfume..ckit ja pon !

erm, Tuesday at 8.30, there is a RIM class. RIM stand for religion in malaysia. I went not really late, just about 8.45 I reached my class. act not verily my class, but other class, coz the class we used before is not really pleasant. then  I entered the class, and get my seat, then my lect voice out, " what kind of perfume do you wear"?  OMG  !!! ckp melayu lah senang, aku jegil mata kat kwn aku..malu kot kena tegur camtu, lecturer tu dah la laki kan. thanki God lam kelas aku xdak sorang pun budak laki. kalo S*****, mesti lagi menebal malu aku,nasib dya xdak..huh..actually aku pkai ckit ja,maybe sebab aku lalu dekat dengan meja lect kot, that's why la dya bau. memang aku jenis pakai minyak wangi,tapi kadang2 terlajak, mana la aku nak sedaq an, sejak sekolah menengah lagi,sekolah rendah jangan tanya la, deodorant pun xkenal bnda apa. yeah, even class aku xdak sorang pun laki, tapi malu kot,,sebab kwn2 class aku pun suma alim2..aku tao, aku ni la yang paling teruk..
orang xpernah pandang aku, aku xdak la pandai mcm diaorang, but when we have an ambition to achieve, we must chase it, no matter what..yeah, in order to achieve my ambition, banyak benda yang aku perlu buat,usaha, belajar sungguh2 walapun kdg2 curi2 makan dalam kelas.normal ar tu..tu memang kerja aku dari sekolah menengah lagi..satu class tau aku camtu, cikgu je yang xdpt tangkap lg, smpai skrang..ya aku akui, tu sifat nakal aku n xberadab yang kena buang, I try okay.
herm, kat cni. aku xleh jadi hipokrit..sebab aku memang kena jd diri aku.aku xleyh nak tunjuk baik kerana sememangnya aku ni sangat nakal..yup, namun dalam kenakalan aku, aku tau apa yang aku buat, aku tau semua yang patut n xpatut aku buat, aku masih tahu halal haram, dosa , zina mata hati n etc..aku mesti menjaga semua tu..couple is never be in my mind.there is no coupling before nikah. I swear !
aku tahu, orang selalu kagum dengan aku, kata diaorang english exempted, arab level 4, (lvl 4 ja pon), pastu ajar budak econ, akaun, reti main netball, pandai main voleyball, confident la apa la..n segala macam..
but to me, benda2 camtu xpayah nak kagum..sebabnya semua orang boleh buat.
cuma kita kena fikir positive and never say no, or cannot..just try it, just do it.. semua boleh,
tapi apa yang aku lihat, ramai manusia suka mengeluh, dan menyerah kalah sebelum cuba. come on laa..
mind setting yang control pergerakan kita. besides, jangan putus doa pada Allah..mintak la segalanya.
even He always knows what we want, but we have to show our commitment of what we really want.
cintailah ibu bapa mu sepenuh hati mu, minta agar mereka sentiasa mendokan kebaikan untuk kita..
doa mereka sangat mustajab, masya Allah..indahnya hidup beragama.


  i love my siblings. even we are four, but we feel more..what a heaven !

Monday, December 20, 2010

debu-debu dosa

ke arah mana halanya 
bagi insan yang terleka
mengejar nikmat dunia
bagaikan hidup selamanya
tak peduli dosa noda
siksa azab neraka 
hidup jauh dari rahmatNya

terpedaya pada dunia 
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan meraja
di hati dan jua jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa

teguhkanlah iman dalam diri
moga dikau akan merasai
betapa indah nikmat Illahi
dan yakin kau akan dirahmati

harus kau percaya dengan pasti
dunia tidak akan kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sebagai khalifah yang sejati

tak perlu kau meragui
andai teguh keimananmu
pasti bahagia menanti
di akhirat yang abadi 

kalo korang hayati lagu ni, sumpah insaf.
manusia cam kita ni..lalai, xsedar diri, xbersyukur.
terlalu seronok dengan dunia, semuanya dunia..
dunia xkekal lama lah weyh..sedar la..bangun la !
please bangun .!sekarang jugak, xde masa dah nak tangguh2.
kenapa kita perlu kejar dunia yang penuh debu dosa ni?
xtakut ke kena bakar dengan api neraka nanti?
banyak sangat dosa yang kita buat.
terlalu banyak..tanpa sedar, dengan sedar..
dan juga sengaja buat dosa tu,
kerana syaitan telah mengindahkan semua maksiat yang kita buat.
bahagiakah kita hidup bergelumang dosa?
jauh dari rahmat Allah..
xrasa malu ke terus buat dosa, benda yang Allah xsuka
tapi dalam masa yang sama, kita minta rezeki, kejayaan, kebahagiaan dunia akhirat
dan sebagainya kat Allah..
kawan2, Allah maha Penyayang..Dia beri kita segalanya walaupun kita sgt berdosa,
bersyukur x kita? langsung x kan?
malah kita kufur dengan nikmatNya, kita lupa dengan semuanya, bahagia dengan dunia semata2.
jgn ingat org kafir ja yang kufur, dalam masa yang sama, kita yang sering melakukan dosa2 besar ni pun dikira kufur nikmat.
syurga itu sangat manis, so untuk mendapat yang manis, kepahitan perlu kita rasai, xkira bagaimana teruk pun ia..
sahabat ...
jangan biarkan nafsu menguasai dirimu, 
biarlah akal yang memandunya,
jika akal tidak cukup dengan iman,
biarkan hati mengambilnya
dan hati juga mesti dipenuhi dengan iman.
buatlah amal sebanyak-banyaknya di dunia..
mati sudah sangat pasti.
namun bila?esok?hari ni?sebentar lg?
hnya Allah yg mengetahui ..


p/s: manusia tdak dapat lari dr dosa.aku juga manusia sepertimu.






Friday, December 17, 2010

sedarlah hai teman

assalamualaikum semua. this note is dedicated to all of you, regardless yg couple ka, xpnah couple ka, dalam perjalanan nk couple ke, atau apa2 jee..
first n foremost..couple tu boleh ke kwn2?ntah laa..
tapi orang yang bercouple ni, apa selalu yang diaorang buat ah? bergayut setiap hari, sms setiap hari..dengan kata2 manis kepada yang bukan muhrim..dosa ke x ah suma tu? duit yang parents kita bg, habis untuk topup..smata2 nk bgayut dengan balak or gaewe or pakwe or b or baby (maybe) or etc..
okay, tu baru bergayut...kalo dating , mcam mana pulak? time dating tu, xkan men mata ja..boleyh ar dengar lagu
"boleh pandang2 jangan pegang2, duduk regang2..."  siap nyanyi lagi tu..pergh !! power arh !!
tapi btol ke stakat pandang? xpegang walau ckit pun? wauu..baiknyaa korang...eh x..solehahnya korang..!!
waktu korang dating, bergayut, sms, korang xrasa ka ada yang melihat, mengetahui isi kandungan sms, apa yg dibualkan, apa yang ditaip, ?? korang xrasa ke ajal boleh dtg bila2 masa jaa..?? ke korang dah tahu korang nk mati bila??herm...i dun think so (of course).
korang tahu tak, bila mati nanti, kita akan ditanya tentang masa kita, dengan apa kita menghabiskan masa kita?dengan siapa? bagaimana?
kita akan ditanya mengenai harta, ke mana harta yang kita belanja kan?kepada siapa?
anggota badan , sepanjang kita hidup, kita buat apa dengan anggota bdan kita? apa kita nk jwb nanti??
masa dunia, tangan kita pegang apa?kaki kita kemana? badan kita..?
mata?
stiap kali bergaduh or clash or apa2 je gn kekasih..air mata mzt mengalir..deras punya..xsempat kira brapa km/j..
ada jugak bila kekasih tinggalkan, mrayu2 mahu pulang..knonnya masih syg..come on girls!! mana harga diri korang?
KETAHUILAH....
Allah jauhkan org yang kita syg, sbb Dia nak kita dekat dengan Nya, Dia sedang menguji kita..tidakkah kita merasa terpilih?tdakkah kita merasa bertuah? spatutnya kita menagis kegembiraan kerana kita sedang diuji..jangan mengeluh, jangan buruk sangka dengan Allah. Allah knows everything, He knows better even the best. dekatkanlah diri denganNya..Dia akan memberi kita yang lebih baik, doa, mintalah segala2nya..sesungguhnya  Dia maha mendegar lagi maha melihat, maha mengetahui akan isi2 hati hambaNya. percayalah, insya Allah..kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. jika mahukan yang terbaik, jadilah yang terbaik dulu, insya Allah..'yang terbaik' itu akan dtg mencari kita..
.love urself before u love someone else! love yourself means you want the best in your life, in your study, future, career..n etc.

just some advice from a sinful slave..coz I love you all because of Allah.