ke arah mana halanya
bagi insan yang terleka
mengejar nikmat dunia
bagaikan hidup selamanya
tak peduli dosa noda
siksa azab neraka
hidup jauh dari rahmatNya
terpedaya pada dunia
pentas ciptaan manusia
terlupa pada segala
mengikut nafsu semata
membiar syaitan meraja
di hati dan jua jiwa
mengejar dunia penuh debu dosa
teguhkanlah iman dalam diri
moga dikau akan merasai
betapa indah nikmat Illahi
dan yakin kau akan dirahmati
harus kau percaya dengan pasti
dunia tidak akan kekal abadi
hanya menguji cekalnya hati
sebagai khalifah yang sejati
tak perlu kau meragui
andai teguh keimananmu
pasti bahagia menanti
di akhirat yang abadi
kalo korang hayati lagu ni, sumpah insaf.
manusia cam kita ni..lalai, xsedar diri, xbersyukur.
terlalu seronok dengan dunia, semuanya dunia..
dunia xkekal lama lah weyh..sedar la..bangun la !
please bangun .!sekarang jugak, xde masa dah nak tangguh2.
kenapa kita perlu kejar dunia yang penuh debu dosa ni?
xtakut ke kena bakar dengan api neraka nanti?
banyak sangat dosa yang kita buat.
terlalu banyak..tanpa sedar, dengan sedar..
dan juga sengaja buat dosa tu,
kerana syaitan telah mengindahkan semua maksiat yang kita buat.
bahagiakah kita hidup bergelumang dosa?
jauh dari rahmat Allah..
xrasa malu ke terus buat dosa, benda yang Allah xsuka
tapi dalam masa yang sama, kita minta rezeki, kejayaan, kebahagiaan dunia akhirat
dan sebagainya kat Allah..
kawan2, Allah maha Penyayang..Dia beri kita segalanya walaupun kita sgt berdosa,
bersyukur x kita? langsung x kan?
malah kita kufur dengan nikmatNya, kita lupa dengan semuanya, bahagia dengan dunia semata2.
jgn ingat org kafir ja yang kufur, dalam masa yang sama, kita yang sering melakukan dosa2 besar ni pun dikira kufur nikmat.
syurga itu sangat manis, so untuk mendapat yang manis, kepahitan perlu kita rasai, xkira bagaimana teruk pun ia..
sahabat ...
jangan biarkan nafsu menguasai dirimu,
biarlah akal yang memandunya,
jika akal tidak cukup dengan iman,
biarkan hati mengambilnya
dan hati juga mesti dipenuhi dengan iman.
buatlah amal sebanyak-banyaknya di dunia..
mati sudah sangat pasti.
namun bila?esok?hari ni?sebentar lg?
hnya Allah yg mengetahui ..
p/s: manusia tdak dapat lari dr dosa.aku juga manusia sepertimu.
syurga itu sangat manis, so untuk mendapat yang manis, kepahitan perlu kita rasai, xkira bagaimana teruk pun ia..
sahabat ...
jangan biarkan nafsu menguasai dirimu,
biarlah akal yang memandunya,
jika akal tidak cukup dengan iman,
biarkan hati mengambilnya
dan hati juga mesti dipenuhi dengan iman.
buatlah amal sebanyak-banyaknya di dunia..
mati sudah sangat pasti.
namun bila?esok?hari ni?sebentar lg?
hnya Allah yg mengetahui ..
p/s: manusia tdak dapat lari dr dosa.aku juga manusia sepertimu.
No comments:
Post a Comment