Sunday, October 16, 2011

hati bersuara

entry sebelum ini banyak menceritakan kisah cinta,
insha Allah cukup dahulu tentangnya,
tiba masanya aku menyelak pula kisah masyarakat yang memerlukan bimbingan agama.
adat mengalir deras menghanyutkan mereka

ingin sekali hamba mengertikan mereka
apa daya, hamba tiada kuasa
ilmu di dada masih meraba
tunggulah masa merubah segalanya

hajat hati mengubah dunia
dengan islam yg syumul dan sempurna
membuak  dadaku meronta ronta
membantah yang terpamer di depan mata

hati seketika bersuara
ini adalah urusanku, urusan agama
wahai teman marilah bersama
bahu membahu perjuangkan Islam yang termulia

tidak sanggup ku mengalirkan air mata
membayangkan jika Nabi SAW bersama
"ummati ummati" disebut sebut baginda
menyayangi ummat lebih dari segalanya

Ya Allah berilah hamba kekuatan
mahu memperjuangkan Islam di negara islam

hati ini menjerit jerit
itu tak betul ini tak kena
ya Tuhan, ujian ini sungguh perit
berikan hamba peluang untuk mencipta fenomena

berbicara memang mudah
boleh berkata tak sudah sudah
akan hamba cuba seupaya hamba
menyebarkan agama untuk kemaslahatan bersama

ujian itu sungguh pahit
kerana syurga itu manis
Ya Rabb jadikan hamba golongan yang dekat denganMu
agar hati ini bahagia selalu

I love Allah
I love Rasulullah
I love Islam

No comments:

Post a Comment