Wednesday, August 29, 2012

aku yang melamar

ya, aku telah membuat lamaran kepada seorang lelaki melalui adiknya..
aku tidak pernah bercakap dengannya..
bersua sahaja, mungkin itu sudah cukup bagiku inshaAllah..
dia mengenali aku sebagai sahabat adiknya..
aku mengenalinya sebagai abang sahabatku...

keluarganya sangat mesra denganku,
saudaranya yang ramai dan riuh,
keberadaan rumahnya tidak lah jauh dari tempat tinggalku,
tenteram hati ketika bersama mereka.

aku akui dalam hati belum ada cinta, 
kerana aku tidak mahu kecewa,
adalah lebih baik aku bersiap sedia,
atas sebarang khabar, moga hati kekal bahagia.

bukan tiada yang mengharap padaku,
namun aku selesa dengan cara ini,
kerana aku mahu semuanya diredhai,
kejernihan hubungan sangat aku telitikan.

hasrat hati ini tiada siapa yang tahu,
melainkan Allah,
sudah lama terpendam,
ku abaikan supaya hilang dalam kesibukan,
di celah keriuhan, ia muncul...
di ketika hati merindukan satu hubungan yang halal, ia menyapa..

lalu pergilah diri ini ke rumahnya...melihat, meneliti, memahami, menyelami mereka mereka,
bermalam di sana menjadikan hasrat ini lebih kuat,
 pulangku dengan azam yang semakin membara,
hati berbisik, apabila dirimu berada di jalan yang benar, apa yang perlu engkau khawatirkan?

tangan lantas mencapai pena dan kitab luahan hatiku,
merangka ayat seikhlas mampu,
fikrah datang mencurah curah,
wahai Allah, sesungguhnya Engkau tidak pernah membiarkan aku sendiri.

dengan hati yang tekad, azam yang bulat,
ku beranikan diri menghantar email kepada sahabatku,
dia gembira namun ku tahu dia keliru.

kalau diikutkan hati
secepat mungkin ku inginkan keputusan,
namun iman berbisik, sesungguhnya terburu buru itu adalah sifat syaitan,
lalu hati ini sedang bersabar dan berdoa untuk yang terbaik.

duhai gerangan yang mencuri perhatian,
aku menginginkan kebahagiaan,
ku tahu kau mampu memberikannya,

aku melamarmu itu adalah usaha tulusku,
kerana ingin memilikimu, menjagamu, membahagiakanmu, ke syurga bersamamu,
jalan terhormat ini ku pilih supaya kita bisa bahagia dunia akhirat,
itu pun sekiranya aku diterima, 
dengan ini aku bertawakkal pada Allah yang maha mengetahui segala isi hati hamba hambaNya.

No comments:

Post a Comment